Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,
Dari aspek botani, buah adalah hasil daripada tumbesaran akhiran bunga angiosperma atau jambak bunga. Definisi atau takrifan ahli botani ini merangkumi buah-buahan berisi yang wujud dari bahagian ovari bunga seperti reseptaker atau daripada penyangga (buah epal, strawberi ), brektia atau daun pelindung dan daun pedunkel (nenas). Walaupun begitu majoriti masyarakat dewasa ini mengenali buah hanya sebagai pembasuh mulut selepas menikmati pelbagai jenis hidangan yang enak.
Dari aspek botani, buah adalah hasil daripada tumbesaran akhiran bunga angiosperma atau jambak bunga. Definisi atau takrifan ahli botani ini merangkumi buah-buahan berisi yang wujud dari bahagian ovari bunga seperti reseptaker atau daripada penyangga (buah epal, strawberi ), brektia atau daun pelindung dan daun pedunkel (nenas). Walaupun begitu majoriti masyarakat dewasa ini mengenali buah hanya sebagai pembasuh mulut selepas menikmati pelbagai jenis hidangan yang enak.
Disebalik rasanya yang enak, buah-buahan sebenarnya mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Ia diperkaya dengan zat galian yang mempunyai nilai perubatan dan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. Namun tidak ramai yang menyedari hal ini melainkan masyarakat luar bandar terutamanya golangan tua. Ini kerana masyarakat desa kurang terdedah dengan perubatan moden dan masih lagi kuat mempercayai perubatan tradisional yang diamalkan sejak turun temurun.
1. Delima Hilangkan Masalah Cacing

Delima, sejenis buah berasal dari kawasan Mediterranean, banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai Punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C. Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia.
Buah
delima juga boleh memperbaiki usus-usus dan menguatkannya, membersihkan
bahagian dalam tekak serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah batuk. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus. Walaupun begitu buah delima masam juga boleh mencegah dari muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing.Ini kerana buah delima mengandungi bahan pengcengkam yang mampu memegang dinding saluran perut.
Di beberapa kawasan di Iran dan di Iraq, air buah delima digunakan sebagai
ubat kumur untuk mengatasi masalah penafasan berbau. Buasir merupakan
satu lagi penyakit yang boleh dirawati menggunakan buah delima kerana
airnya dapat bertindak sebagai astringen. Ia juga dipercayai berkesan untuk mengatasi kemandulan.
Terdapat
kajian yang menyatakan bahawa biji delima dapat dijadikan ubat
luka-luka yang teruk dan kebenjolan, caranya dengan mengambil biji-biji
delima di tumbuk dan dicampurkan dengan sedikit madu dan disapukan pada
bahagian luka.
2. Kurma Hindar Gangguan Usus

Selain daripada gangguan usus, jus kurma
berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini
tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis,
kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.
Jus kurma juga berkesan untuk mengatasi masalah batuk. Kandungan
gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam
kerongkong dan sekali gus menghilangkan batuk. Kurma juga boleh
digunakan bagi menggantikan gula atau madu untuk tujuan menghilangkan kesan mabuk dan bertindak sebagai penawar racun.
Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.
Kurma
dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang
banyak kerana telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.
Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi
dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas
bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah
kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.
Firman Allah:
Maksud: "Dan gegarlah kearahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. "Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan."
Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini ,sabdanya: "Beri makan buah tamar
kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah
tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan
menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan-santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar.”
Sekiranya
Allah ada menjadikan sesuatu buah yang lebih baik daripada tamar sudah
tentu Allah telah memberikan (kepada Siti Maryam)
Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajian menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.
Kajian menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Disamping menambahkan tenaga seksual, kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.
Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu
memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan
minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan
perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah
pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah
semasa kelahiran.
3. Pisang Merawat Kudis dan Luka
Pisang atau nama saintifiknya Musa sapientum adalah antara buah-buahan tempatan yang digemari ramai. Ia kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforus dan besi. Pisang juga mengandungi kromium, sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk membekalkan tenaga. Dalam perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang. Selain itu pisang juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut.
4. Mangga Penawar Penyakit Hernia

Mangga yang dikenali sebagai Mangifera indica yang berasal dari keluarga Anacardiaceae, digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyahidratan
dalam tubuh serta berkesan untuk menyembuhkan penyakit hernia. Hernia
atau burut iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung
kemaluan menjadi bengkak, ulu hati terasa pedih dan sakit setiap kali
selepas makan, boleh dirawat dengan mengamalkan pengambilan jus mangga.
Minuman itu, yang kaya dengan pelbagai zat galian termasuk vitamin A dan
C akan bertindak melancarkan peredaran darah. Memandangkan jus mangga mempunyai kandungan gula yang tinggi, ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami penyakit diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat.

5. Nanas Penawar Penyakit Batu Karang
Nanas sejenis buah tropika yang dikenali dengan nama saintifiknya Ananas cosomos berasal dari keluarga Bromeliaceae dan mengandungi kandungam gula yang tinggi serta kaya dengan vitamin A, B dan C. Jus
nanas merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan,
terutamanya bagi mengatasi kekeringan dibahagian bibir dan kulit muka.
Nanas merupakan ramuan
penting dalam rawatan tradisional. Ia melancarkan perjalanan haid serta
berkesan mengatasi masalah-masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia juga merupakan penawar yang penting bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan meminum jus nanas terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi.
6. Belimbing Merawat Kencing Manis / Darah Tinggi

7. Lemon Berkesan Merawat Tonsilitis
Tonsilitis atau penyakit radang tonsil dibahagian kerongkong berpunca daripada serangan kuman bakteria streptokokus. Ia dapat di rawat dengan berkumur menggunakan jus lemon sebelum diminum atau nama saintifiknya Citrus limon. Lemon yang kaya dengan vitamin C serta zat besi, patasium, kalsium dan fosforus berkesan merangsangkan sistem pelalian untuk membunuh kuman streptokokus. Serabut atau bulu-bulu putih yang terdapat di sebelah dalam kulit lemon dan limau-limau sitrus yang lain mengandungi bioflavonoids yang berkhasiat untuk kesihatan. Oleh itu serabut itu perlu dikikis daripada kulit kemudian dicampur dengan isi lemon sebelum dikisar halus. Lemon
juga dengan vitamin B kompleksnya juga bertindak membunuh sejenis kuman
bakteria dikenali sebagai stafilokokus. Ia turut berkesan untuk
menghindarkan penyakit-penyakit kelamin seperti gonorea, sifilis dan klamidia.
8. Pala Melegakan Kembung Perut
Pala sejenis buah tempatan yang bernilai tinggi dalam nilai perubatan. Kulit arinya merupakan bahan utama untuk
membuat minyak sapu atau apa yang disebut salap bagi melegakan masalah
kembung dan senak perut, sakit kepala, selsema, disengat serangga dan
lenguh-lenguh sendi. Ia berasal dari keluarga myristicaceae, yang dikenali dengan nama saintifiknya Myristica fragrans juga
merupakan penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau
tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam. Ia juga dikatakan boleh
merangsangkan nafsu syahwat. Bijinya pula mengandungi sejenis minyak
yang berkhasiat yang boleh digunakan sebagai salah satu ramuan untuk membuat minyak panas bagi mengubati pelbagai jenis penyakit.
9. Pinang dengan Pelbagai khasiat
10. Pisang Kaki Turunkan Tekanan Darah Tinggi

11. Sengkuang Cina Penawar Bronkitis
Bronkitis ialah sejenis penyakit radang tenggorok, iaitu saluran udara di bahagian kerongkong. Penyakit ini menyebabkan selaput pada cabang tenggorok
menjadi merah dan bengkak. Dalam dunia perubatan tradisional, sengkuang
cina merupakan penawar bagi melegakan penyakit bronkitis yang kronik. Rasanya manis dan menyejukkan serta elok dimakan bagi meredakan demam, selsema dan batuk. Sengkuang cina berasal dari keluarga Cyperacea dan
kaya dengan karbohidrat, lemak, protein, vitamin C, kalsium, fosforus
dan zat besi. Ia digunakan dalam perubatan tradisional cina untuk
menurunkan tekanan darah tinggi. Caranya dengan menggunakan tiga biji
sengkuang cina dicampur dengan lobak putih yang dimesin halus dengan sedikit air dan madu.
12. Ciku Penawar Buang Air Berdarah

13. Pelbagai Khasiat Tembikai

14. Avokado Hindar Sengal-sengal Tulang dan Sakit Jantung

Ia berkesan sebagai pelincir semulajadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher,
siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan pergelangan kaki
seterusnya menghindarkan penyaki lenguh-lenguh tulang. Amalan memakan
buah avokado
pada setiap hari boleh menurunkan paras kolesterol disamping
mengekalkan paras lipoprotein, sejenis kolesterol yang baik untuk
mnghindarkan seseorang itu daripada diserang sakit jantung. Ia diamalkan
di Brazil, Colombia, Equador dan Peru di Amerika Selatan.
15. Betik Selesaikan Sembelit

KESIMPULAN
Dengan
melihat kepada apa yang telah diperbincangkan, jelas membuktikan kepada
kita bahawa, buah-buahan sememangnya mempunyai nilai yang tinggi dalam
perubatan. Jadi penyelidikan yang terperinci berkaitan khasiat yang
terkandung dalam buah-buahan perlu dipertingkatkan. Ini bukan sahaja
penting untuk menyakinkan masyarakat, tetapi juga memandangkan rawatan
dengan menggunakan tumbuhan semulajadi termasuk buah-buahan tidak
mendatangkan kesan sampingan berbanding rawatan moden yang menggunakan
ubatan sintetik yang dihasilkan di dalam makmal.