Memang
tidak dapat dinafikan lagi bahawa kahwin muda itu adalah sesuatu perkara yang
amat baik. Sebenarnya memang terdapat lebih banyak kebaikkan berbanding
keburukkan jika kita berkahwin di usia lebih muda. Usia muda dalam hal ini
merujuk kepada umur diantara 20-24 tahun.
Akan tetapi kita sering mendengar pendapat sesetangah orang
yang mengatakan kalau yang nak kahwin-kahwin muda tu, tandanya memang dah
‘gatal’ sangat lah tu. Oh! Betapa negatifnya pemikiran seperti itu. Dalam Islam
sendiri telah mengatakan perkahwinan itu merupakan suatu ibadah yang amat
dituntut oleh agama.
Usah risau, Allah pasti akan menjanjikan rezeki kepada
hamba-hambaNya yang melaksanakan perintah dengan penuh ikhlas. Kalau berkahwin
muda ni, boleh hindarkan diri dari maksiat dan melakukan dosa-dosa.