Jurang Mariana...Mariana Trench

~Jurang Mariana -bukti Keagungan Allah

Alhamdulilah. marilah kita sama-sama melahirkan rasa syukur kepada Allah Yang Maha Agung kerana telah meletakkan kita ditempat yang berjauhan dari bencana alam. Allah berkausa memberi hidayah kepada orang-orang yang DisukaiNYA dan tiada siapa yang mampu menyesatkan dia dan dia pun tidak mampu menyesatkan orang lain.

~Mari kita hayati keAgungan ALLAH S.W.T
Jurang Mariana terletak di dasar Lautan Pasifik, di Timur Mindanao, Filipina. Jurang ni membentuk sempadan antara 2 plat tektonik di antara Plat Pasifik dengan Plat Filipina.
Jurang Mariana ialah jurang yg paling dalam di dunia ( lokasi paling dalam pada permukaan kerak bumi ). Kedalamannya mencecah sehingga 11 kilometer.
Jurang sepanjang 2550 kilometer ni memiliki kelebarannya sehingga 69 kilometer.

Bahagian dasar laut di Jurang Mariana menerima tekanan air yg sangat kuat sehingga 108.6 MPa, iaitu lebih dari 1000 kali ganda tekanan atmosfera piawai pada aras laut.

Puncak Gunung Everest lebih kurang 8 kilometer dari aras laut. Sementara bahagian paling dasar Jurang Mariana mencecah sehingga 11 kilometer dari aras laut. Bermakna kedalaman Jurang Mariana jauh melebihi ketinggian Gunung Everest.

Dengan dasar yg sangat dalam dan gelap, pasti 1001 misteri tersembunyi dalam jurang tersebut. Antaranya ialah jenis hidupan marin yg mampu survive dan membiak dalam habitat yg sebegitu rupa. Pasti tak sama dengan hidupan yg hidup di permukaan dan pertengahan laut.
Mari kita saksikan kebesaran Allah Ta'ala melalui ciptaan2Nya yg unik dan penuh misteri. Inilah antara hidupan marin yg terdapat di celah Jurang Mariana yg berjaya dirakamkan.
SUBHANALLAH...betapa hebatnya kekuasaan ALLAH SWT.....
0 Responses

    Penyedap Telinga


    orang yang dah join

    Jom Bersembang